MAJLIS SANJUNGAN BUDI KILAUAN BAKTI
Sekolah Kebangsaan Nyiur Tujuh telah mengadakan Majlis Sanjungan Budi Kilauan Bakti sempena persaraan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid , Md Rejab bin Md Yusuf pada 14 Februari 2016.
Ketibaan mantan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Md Rejab bin Md Yusuf.
Majlis dimulakan pada 10.00 pagi oleh pengerusi majlis Che Husin bin Yaacob dan Roslina binti Muda.
Ucapan oleh Mohamad Suhaili bin Hamzah ,Penolong PPD Pengurusan Sekolah.
Persembahan nyanyian dari semua guru iaitu lagu Selamat Tinggal Bungaku dan Salam Terakhir .
Majlis disambut dengan penuh meriah seolah menjadi raja sehari di atas pelamin yang dihias indah.
9 dulang hadiah diberikan bagi menghargai jasa dan perkhidmatan yang dicurahkan selama ini pada sekolah.
Murid mengambil peluang bersalam-salaman dan bermaaf-maafan dengan cikgu Md. Rejab buat kali yang terakhir.
No comments:
Post a Comment