Monday 22 February 2016

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH

  Sekolah Kebangsaan Nyiur Tujuh telah mengadakan kejohanan merentas desa peringkat sekolah pada 18 Januari 2016. Pertandingan dimulakan pada pukul 8.00 pagi.

    Senaman dilakukan bagi menyediakan badan secara fizikal dan mental bagi mengelakkan daripada kecederaan.

Guru besar, Wan Zuhairi bin Wan Ibrahim melepaskan murid bagi memulakan acara larian.

Murid tahap 1 memulakan larian dengan pantasnya.

Murid tahap 2 lelaki menghabiskan larian dengan melalui jalan terakhir iaitu melalui batas padi.

    Murid prasekolah mencuba sedaya upaya menghabiskan larian dalam cuaca yang sangat baik.

Murid berjaya sampai ke garisan penamat.

Cikgu Zarawahida sedang mencatat nama pemenang larian bagi tahap 2.

    Pemenang tempat pertama bagi tahun 1 adalah Aimy Areesa binti Amyadi. Hadiah disampaikan oleh Penolong Kanan Kokurikulum, Mahani binti Abdul Manan kepada para pemenang.

No comments:

Post a Comment