PENDIDIKAN KHAS

12 APRIL 2017 TERAPI KUDA

        Kelas Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Nyiur Tujuh telah mengadakan Ala Terapi Kuda pada 12 April 2017 pada pukul 9.00 pagi di Padang Sekolah Kebangsaan Nyiur Tujuh.

    Ala Terapi Berkuda dianjurkan sebagai memberi keyakinan dan keberanian kepada murid berkeperluan khas (MBK). Program ini dapat membantu murid meningkatkan keberanian dan keyakinan kepada MBK untuk menghadapi dunia luar.

    Ia memberi keyakinan kepada murid berkeperluan khas , memupuk kecintaan kepada haiwan, mewujudkan semangat kekitaan di kalangan murid dan mewujudkan suasana pembelajaran menyeronokkan di kalangan murid.








PROGRAM DIDIK PENGGUNA

  Kelas Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Nyiur Tujuh telah mengadakan Program Didik Pengguna  pada 19 November 2016 . Program ini diadakan di Pasaraya Giant Jerteh untuk mendidik murid Pendidikan Khas berbelanja mengikut kemampuan dan mencapai matlamat kewangan dengan mudah.

   Murid diberi pendedahan bagi meningkatkan kemahiran pengetahuan kewangan, memahami nilai wang dan menetapkan matlamat kewangan melalui bajet asas.


KEM BAKAT 

    Pejabat Pendidikan Daerah Besut telah menganjurkan Kem Bakat  kepada murid Pendidikan Khas pada 16 dan 17 Oktober 2016. Seramai 6 orang murid Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Nyiur Tujuh terlibat.

   Seorang murid Pendidikan Khas , Farahanie binti Ramli telah mendapat pingat emas bagi acara Lontar Peluru Bawah 16 Tahun .


PERTANDINGAN PADANG DAN BALAPAN PPKI PERINGKAT DAERAH BESUT 2016

    Semua sekolah pendidikan khas daerah Besut menyertai pertandingan padang dan balapan  yang diadakan pada 9 Ogos 2016 .

Pertandingan bermula jam 9.00 dengan acara Larian 100 meter kategori lelaki.

    Nuraisar Husna binti Nadzlan mendapat pingat perak dalam acara Larian 100 meter kategori perempuan.
Muhammad Rozaidi bin Yusuf mendapat pingat perak dalam acara Larian 100 meter kategori lelaki.

Farahanie binti Ramli mendapat pingat emas dalam acara lontar peluru.

MAJLIS TEMUMURNI PPKI

    20 Jun 2016 telah diadakan majlis temu murni bersama ibu bapa murid-murid pendidikan khas sekolah kebangsaan nyiur tujuh .

Cikgu Rose Monalisa selaku Penolong Kanan PPKI memberi kata-kata aluan kepada ibu bapa.

    Penceramah yang dijemput memberikan ucapan kepada ibu bapa tentang cara-cara menjaga anak pendidkan khas yang mempunyai masalah pembelajaran.

Ramai ibu bapa hadir tanda sokongan dan kerjasama kepada pihak sekolah.

LAWATAN KE KENYIR WATERPARK 

    Kelas Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Nyiur Tujuh telah mengadakan lawatan ke Kolam Renang Kenyir Waterpark pada 25 Mei 2016 .

Semua murid PPKI telah tiba pada jam 9.00 pagi di Tasik Kenyir.

Mereka menunggu untuk menaiki feri ke Waterpark.

    Lawatan ini bertujuan untuk memberi kemahiran renang kepada murid PPKI sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan luar jangka.

    Disamping itu, dapat memberi keseronokan dan menggembirakan murid- murid bermasalah pembelajaran ketika berada di dalam kolam.

    Mereka bergerak pulang pada jam 5.00 petang. Walaupun keletihan namun banyak pengalaman dapat ditimba bagi menempuh hari-hari yang mendatang.

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN MATQ DAERAH BESUT


    Sekolah Kebangsaan Nyiur Tujuh telah menyertai pertandingan Hafazan dan Bercerita bagi murid Pendidikan Khas.

Nor Azlyn binti Mat Arif mendapat Johan bagi Pertandingan Hafazan.

Nurul Syahida binti Mohd Suhaimi mendapat Naib Johan bagi Pertandingan Bercerita.

PROGRAM TERAPI HIDRO/RENANG

    Program rekreasi renang/hidroterapi bagi murid-murid Pendidikan Khas telah diadakan pada 9 Mac 2016 di Demong Beach Resort. Tujuan program ini diadakan bagi memberi peluang kepada murid-murid bermasalah pembelajaran menjalani aktiviti luar selain aktiviti dalam kelas. Program ini tertumpu kepada proses permulaan renang di dalam kolam yang retek.

  Rangsangan air yang secara semulajadi dapat membantu murid tenang walaupun pada permulaannya sesetengah murid akan berasa takut untuk masuk ke dalam air. Perkara ini dapat diatasi dengan membawa murid ke kawasan yang lebih dalam. Secara tidak langsung ia dapat melatih murid membina keyakinan diri - water confidence. Melalui terapi seumpama ini, ia dapat memantapkan perkembangan perkembangan fizikal dengan aktiviti-aktiviti seperti regangan seterusnya melembutkan sendi dan meningkatkan daya ketahanan jantung dan otot-otot rangka. 





JAMUAN JALINAN MESRA

    Kelas Pendidikan Khas telah mengadakan program tahunan iaitu jamuan jalinan mesra pada 3 Mac 2016 di Warung Briyani Yull, Kampung Gerai. Program ini diadakan bagi memupuk semangat persaudaraan yang tinggi di kalangan semua murid PPKI. Disamping itu, ia dapat membina sifat kerjasama, tolong-menolong, toleransi secara individu atau berkumpulan. Murid-murid juga dapat didedahkan dengan adab di kedai makan. Mereka juga dapat membuang rasa kebosanan dan keteransingan dengan sama-sama menyertai kegiatan luar bilik darjah secara terancang.












No comments:

Post a Comment